News Cuttings

Saturday, April 24, 2004

5 sasaran Tekad 2008

Kerajaan lancar Pelan Integriti Nasional (PIN)
Oleh Kadir Dikoh


ABDULLAH menyampaikan naskah kepada wakil pelajar IPTA
dan IPTS, Nuratikah Seman diperhati wakil pelbagai sektor
kerajaan dan swasta termasuk (ditengah) Lim Kit Siang
ketika melancarkan Pelan Integriti Nasional (PIN) dan Institut
Integriti Malaysia (IIM) di Pusat Konvensyen Putrajaya, semalam.


PUTRAJAYA: Kerajaan semalam melancarkan Pelan Integriti Nasional (PIN), bertujuan membangunkan sebuah masyarakat Malaysia beretika serta tahu membezakan antara yang betul dan salah.

PIN, satu dasar payung yang komprehensif membabitkan semua sektor dan golongan masyarakat itu, menetapkan lima sasaran untuk dicapai bagi tempoh 2004 hingga 2008.

Sasaran dikenali sebagai ‘Tekad 2008’ itu ialah:

- Mengurangkan gejala rasuah, penyelewengan dan salahguna kuasa secara berkesan;

- Meningkatkan kecekapan dalam sistem penyampaian perkhidmatan awam dan mengatasi kerenah birokrasi;

- Meningkatkan tadbir urus korporat dan etika perniagaan;

- Memantapkan institusi keluarga; dan

- Meningkatkan kualiti hidup dan kesejahteraan masyarakat.

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi ketika melancarkannya berkata, bagi memantapkan lagi PIN, sebuah agensi atau jentera pelaksana, Institut Integriti Malaysia (IIM) ditubuhkan dengan Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Samsudin Osman sebagai pengerusi pertamanya.

Perdana Menteri menjelaskan, PIN adalah pelan induk untuk menggubal strategi dan memberi hala tuju bagi semua sektor masyarakat supaya mereka dapat bekerjasama serta mengambil bahagian secara langsung dalam usaha memantapkan nilai etika dan integriti.

Matlamat jangka panjang PIN ialah memenuhi cabaran keempat Wawasan 2020 iaitu membentuk sebuah masyarakat yang kukuh ciri-ciri moral dan etikanya, dengan warganya mempunyai nilai keagamaan dan kerohanian kukuh serta ditunjangi budi pekerti luhur.

“PIN juga mempunyai objektif meningkatkan kesedaran, komitmen dan kerjasama rakyat sejagat daripada pelbagai sektor dalam usaha pemantapan integriti. Skop PIN adalah holistik dan menyeluruh.

“Tumpuan diberi kepada peningkatan integriti daripada peringkat teratas hingga ke peringkat akar umbi,” katanya. Pelancaran PIN dan IIM diadakan serentak di Pusat Kovensyen Putrajaya (PCC) di sini.

Pada majlis itu, Abdullah turut mengagihkan buku mengandungi pelan terbabit kepada wakil pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO), perkumpulan wanita, belia, pelajar dan parti politik. Pengerusi DAP, Lim Kit Siang menerima buku itu bagi pihak pembangkang.

Hadir sama Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak; Menteri Kabinet, Menteri Besar, Ketua Menteri, Timbalan Menteri, Setiausaha Parlimen; wakil kedutaan asing di Malaysia serta pegawai tertinggi kementerian.

Menjelaskan dengan lebih lanjut mengenai IIM, Abdullah berkata ia adalah sebuah institusi bebas yang akan bersifat sebagai agensi pemantau dan penyelaras bagi PIN.

Antara fungsi pentingnya adalah:

- Menjalankan penyelidikan, pendidikan dan latihan berkaitan integriti institusi dan masyarakat;

- Membangunkan pangkalan data mengenai integriti dan etika;

- Mengemukakan perakuan dasar bagi peningkatan integriti dan etika serta memberi khidmat nasihat kepada kerajaan mengenai program peningkatan integriti, dan

- Menjalankan pemantauan berterusan bagi memastikan pengisian PIN terlaksana.

Perdana Menteri berkata, pemantauan berterusan amat penting bukan saja untuk memastikan PIN dilaksanakan dengan jaya, malah sebagai kayu ukur bagi mengukur tahap kejayaan sebenar yang dicapai.

“Dengan itu, saya ingin mencadangkan supaya IIM menerajui pelaksanaan kajian berkala mengenai tanggapan umum terhadap rasuah setiap dua tahun. Dengan itu, maklumat yang diperoleh daripada hasil kajian ini dapat memberi gambaran kepada kerajaan mengenai keberkesanan strategi yang dijalankan bagi meningkatkan integriti dan membanteras amalan rasuah.

“Ia juga penting dari segi proses penambahbaikan yang berterusan. KSN akan memastikan IIM dapat menjalankan tugas dan tanggungjawabnya dengan lancar dan dengan itu akan meneliti urusan penubuhan institut serta struktur organisasi termasuk berkaitan urusan bangunan dan pelantikan staf IIM,” katanya.

Beliau berkata, pelantikan Ahli Lembaga Pengarah serta Presiden IIM akan dilakukan dalam masa terdekat untuk membantu Pengerusi IIM.

Abdullah berkata, sebanyak sembilan sektor atau komponen masyarakat dikenal pasti dalam PIN. Bagi setiap sektor itu, beberapa program dan aktiviti sudah ditentukan.

Program dan aktiviti itu dipadankan dengan agensi yang sesuai sama ada kementerian, agensi kerajaan atau badan sukarela, untuk melaksanakan program berkaitan.

Agensi berkenaan pula perlu menyusun atau menyempurnakan program integriti masing-masing berdasarkan kepada cadangan yang terkandung dalam PIN.

Perdana Menteri percaya rakyat akan terus memberikan sokongan padu dan melaksanakan pelbagai program anjuran PIN, berdasarkan maklum balas positif terhadap pelbagai inisiatif kerajaan dalam beberapa bulan ini untuk meningkatkan integriti.

“Tetapi saya ingin menekankan bahawa kejayaan PIN dan seterusnya langkah menerapkan nilai integriti dalam masyarakat, bukan hanya bergantung kepada usaha kerajaan saja.

“Sebaliknya, ia bergantung kepada sokongan aktif setiap individu dalam masyarakat iaitu menerapkan nilai murni dan mempraktikkannya dalam kehidupan seharian,” katanya.

Beliau berkata, dengan strategi dan program yang digariskan, PIN mampu bertindak sebagai pemangkin dalam usaha peningkatan integriti. Namun, strategi dan program itu boleh diubahsuai mengikut keperluan setempat dan peredaran masa.

©New Straits Times (M) Berhad

PM launches five-year integrity plan to bring back values

The Star Online > Nation
Saturday April 24, 2004

BY MERGAWATI ZULFAKAR
PUTRAJAYA: A comprehensive plan to change the “ugly Malaysian” image by promoting a values-based society with a clear sense of morals has been launched, signalling the start of a serious effort to make integrity and honesty a way of life.

Saying it was pointless to have a Malaysian society that was rich materially but devoid of moral values, ethics and integrity, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi launched the five-year National Integrity Plan (NIP) aimed at promoting an accountable and corrupt-free society.

The Prime Minister said modernisation had, to a certain extent, corroded the values system of Malaysian society.

This could be seen, among others, from the corrupt acts, lack of civic consciousness on the roads, lack of regard for the environment and public amenities and unfriendly counter service, he said.

“We want to develop a Malaysian society that is ethical, imbued with a strong sense of right and wrong and equipped with a moral compass to show the way forward.

“Ultimately, we want Malaysians who are able to brave the challenging times ahead with fortitude and strength of character and come out tops when faced with grave problems and great obstacles,” he said when launching the plan at the Putrajaya Convention Centre here yesterday.

The plan, launched less than six months after Abdullah took office, has identified five targets to be achieved between 2004 and 2008. They are to: -

·REDUCE corruption, irregularities and abuse of power effectively;

·IMPROVE the public delivery system and overcome red tape;

·IMPROVE corporate governance and business ethics;

·STRENGTHEN the family institution; and

·IMPROVE the quality of life and well-being of society.

Abdullah said that for the first time, integrity was being looked at closely and in an integrated manner.

The Prime Minister said that in order to meet the targets, a National Integrity Institute (NII) has been set up to monitor and co-ordinate programmes for NIP including research, training and setting up a database on integrity and ethics.

He also announced the appointment of Chief Secretary to the Government Tan Sri Samsudin Osman as NII chairman, adding that the president and board of directors would be made known soon.

The institute, he said, would be independent and would have its own office and staff.

“Some people will question the extra allocation for this purpose but we must ask ourselves whether we approve of corruption, hate it or whether we abuse our power.

“We should know that we must avoid doing this. If each one of us takes an oath and we tell ourselves (not to commit it), then it does not cost money. It depends on us,” Abdullah added.

Also present were Deputy Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak, Cabinet ministers, Mentris Besar, Samsuddin, MPs and members of the diplomatic corps.

The Prime Minister said the Government was aware of the general perception that corruption was getting worse and that there were stories circulating on corruption cases or misappropriation of funds involving corporate figures and politicians.

“This should not happen. We must take punitive action and recently, after thorough investigations, several corporate figures, politicians and government officials were charged with corruption.

“This shows the Government is serious in fighting corruption. The principle behind every punitive action is justice and fairness. As such, we should be fair to the accused so long as he is not proven guilty,” he said.

Citing a study done two years ago in which at least 15% of some 7,000 respondents admitted to being involved in corruption, Abdullah said it was a worrying trend.

“A materialistic mentality, taking the easy way out and a desire to get rich quick is fast becoming a culture among Malaysians,” he said.

“This leads to the problem of corruption and abuse of power.”

The Prime Minister said he has instructed the Anti-Corruption Agency to investigate all cases without fear or favour and to speed up its work without having to sacrifice meticulousness.

He said the Government was taking several measures including instilling positive values among the people and as a start, work procedures in the civil service would be improved to reduce the possibility of corruption.

Bintulu Port in RM400mil expansion

The Star Online > Business
Friday April 23, 2004

By Jack Wong
Bintulu Port Holdings Bhd is embarking on a RM400mil expansion project to develop a second inner harbour, said managing director Datuk Kapt Awangku Abdul Malit.

The project would comprise a 1,000m general cargo wharf, a dedicated palm oil terminal and bulking facilities, and an operation building and yard, he said.

“The contract for the RM330mil wharf has been awarded, and it is expected to be completed by 2006,” Awangku said after the company's AGM yesterday.

He said the palm oil terminal and bulking facilities would be completed in the next few months. The terminal is expected to be operational by September.

He said Bintulu Port had set up a wholly-owned company, BiPort Bulkers Sdn Bhd, to handle palm oil cargo, which has been experiencing steady growth.

BiPort Bulkers is targeting to handle 1.1 million tonnes of palm oil this year, and with the new terminal and bulking facilities (the first among ports in Borneo), it is eyeing transhipment of palm oil and other edilble oils from southern Philippines and other countries besides the existing Sabah and Kalimantan markets.

“We will consolidate palm oil cargo in Bintulu for exports to China, India and Europe,” Awangku added.

Bintulu Port expects Sarawak's exports of palm oil to grow as the state government is targeting one million hectares of oil palm to be cultivated by 2010, with an average 70,000ha to be planted annually in the next seven years.

Awangku said that as a transhipment hub in Brunei-Indonesia-Malaysia-Philippines/East Asean Growth Area (BIMP-EAGA), Bintulu Port expects its transhipment containerised cargo to grow to 200,000 twenty-foot equivalent units (TEUs) next year from the projected 160,000 TEUs this year. Last year, it handled more than 104,000 TEUs, or up 52% from 2002.

Major shipping lines that serve Bintulu Port include Evergreen and Hubline.

Company chairman Tun Mohd Eusoff Chin said that as an all-weather multi-purpose deepwater seaport, Bintulu Port would continue to maintain its leading position as the largest single liquefied natural gas (LNG) terminal in the world.

The group registered an overall cargo throughput of 29.07million tonnes for the financial year ended Dec 31, 2003.

Eusoff said the group’s operating revenue last year was RM309.64mil, up RM36.31mil from 2002, while pre-tax profit rose to RM128.21mil from RM102.8mil previously.